Al Barr - ONE STOP CENTRE

Pelengkap dan Penyelesai Perancangan Harta Dan Pusaka
Kami di Al Barr kini menjadi Ejen Perbankan Tanpa Cawangan BSN.

Servis yang kami tawarkan pelbagai .Kami juga menerima pembayaran deposit, pengeluaran wang, pembayaran bil utiliti serta pembelian Sijil Simpanan Premium (eSSP).


Antara contoh bil yang kami terima ialah :
1.Bil Elektrik
2.Bil Air
3.Bil Telefon
4.Astro
5.Bil Handphone
6.Cukai 

Selain dari itu, kami juga menggalakkan pelajar untuk menabung di dalam BSN . Kempen memupuk sikap pelajar menabung perlu diteruskan bagi memastikan generasi akan datang terjamin.Menabung dan amalan berjimat cermat pasti membawa keriangan di samping kemudahan yang disediakan, mempelajari dan menerokai sesuatu yang baru. 

Kelayakan keahlian Kelab Penabung Muda (KPM)

  1. Warganegara Malaysia berumur 6 ‐ 20 tahun (Berumur 7 tahun pada tahun tersebut).
  2. Mempunyai akaun persendirian Giro atau Giro‐i.
  3. Melengkapkan borang permohonan keahlian yang ditandatangani oleh ibubapa atau penjaga yang sah (KPM‐01).
  4. Mendepositkan amaun simpanan minimum permulaan sebanyak RM150 atau RM300 atau RM500 (Amaun Simpanan Minimum) (tidak termasuk baki minima RM10).


Pembekuan & Pengeluaran simpanan.


  1. Amaun Simpanan Minimum mengikut jumlah di atas akan dibekukan oleh BSN sehingga Ahli KPM mencapai umur 21 tahun atau sehingga Ahli KPM menamatkan keahlian KPM.  
  2. Pengeluaran simpanan selain Amaun Simpanan Minimum yang dibekukan adalah dibenarkan sekali sahaja sebulan untuk menikmati kadar faedah/keuntungan yang ditawarkan kepada ahli KPM.


Cenderahati  


  1. Cenderahati yang akan diberikan kepada Ahli KPM adalah berbeza mengikut Amaun Simpanan Minimum (Rujuk jadual cenderahati).
  2. BSN dari semasa ke semasa berhak untuk menukar cenderahati dengan barangan dengan nilaian yang sama tertakluk kepada notis yang dilaksanakan mengikut   klausa 21 di sini. 
  3. Ahli KPM boleh membuat penambahan Amaun Simpanan Minimum dengan mengisi Borang KPM‐04 dan cenderahati tambahan akan diberikan mengikut tambahan Amaun Simpanan Minimum yang baru.  
  4. Cenderahati akan diserahkan kepada Ahli KPM dengan cara:
        • Serahan langsung di kaunter pada masa permohonan (tertakluk kepada stok di   cawangan);
        • Mengambil di cawangan pilihan setelah dihubungi oleh BSN; atau
        • Diposkan ke alamat rumah atau sekolah dalam rekod BSN.
        • Tempoh penghantaran/pemberian cenderahati adalah tertakluk kepada kesediaan stok.Kad keahlian KPM.
        • Kad keahlian akan diposkan ke alamat Ahli KPM dalam tempoh minimum  satu bulan daripada tarikh keahlian  tertakluk kepada kesediaan stok .
        • Kehilangan atau kerosakan kad keahlian perlu dilaporkan di mana‐mana  cawangan BSN dengan mengisi Borang KPM‐03.  
        • BSN berhak mengenakan caj penggantian kad sebanyak RM5.00.
        • Ahli KPM boleh menikmati diskaun di rangkaian rakaniaga KPM dengan menunjukkan kad keahlian – tertakluk kepada terma dan syarat semasa rakaniaga KPM.
  • Perlindungan Insuran.  
  • Ahli KPM akan dilindungi oleh Insuran / Takaful Kemalangan Berkelompok 24 jam secara percuma bagi kematian atau kecacatan kekal disebabkan oleh kemalangan tertakluk kepada terma dan syarat semasa syarikat insuran yang berkenaan.
  • Permohonan tuntutan insuran perlu dikemukakan kepada BSN dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh kemalangan/kematian. 
  • Kadar Faedah/Kadar Keuntungan. 
  • Ahli KPM berhak menikmati Kadar faedah/ keuntungan seperti yang dinyatakan di Jadual Kadar Faedah/ Keuntungan tertakluk kepada syarat pengeluaran di klausa 6 di sini Berhenti menjadi ahli KPM. 
  • Ahli KPM hanya boleh memohon untuk menamatkan keahlian selepas tempoh setahun dengan mengisi Borang KPM‐02.  
  • Penamatan keahlian secara automatik adalah apabila Ahli KPM mencapai umur 21 tahun. 
  • Lain‐lain. 
    • BSN tidak akan bertanggungjawab untuk kerugian atau kerosakan  yang  timbul   berkaitan dengan keahlian KPM dan BSN tidak bertanggungjawab bagi apa‐apa   keingkaran berkenaan keahlian ini yang diakibatkan dan disebabkan oleh sebarang tindakan bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat‐masuk tindakan   perindustrian, kebakaran, banjir,kemarau, ribut atau sebarang kejadian di luar kawalan BSN.
    • Mana‐mana variasi, pindaan atau penukaran terma dan syarat produk dan /atau penukaran atau penggantian cenderahati boleh dibuat oleh BSN dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada Ahli KPM dengan 
      • memaparkannya di cawangan‐cawangan atau premis‐premis BSN atau di laman sesawang mybsn.com.my; 
      • notis kepada Ahli KPM melalui pos atau apa‐apa cara lain; dan / atau 
      • mengiklankannya melalui sebarang medium pengiklanan atau komunikasi